Satu malam di Ipoh : Shangg Hotel

Salam,

Lepas terperangkap teruk dlm jem. Aku dan isteri surrender dah. Kitaorg decide stay 1 mlm kat Ipoh je. Lg pun esoknya masih cuti lg. Esok pg2 lah kitaorg gerak balik PJ.

Kitaorg stay kat hotel budget kat ipoh, Shangg Hotel. Satu malam RM100. Aku tempah 2 bilik, satu untuk aku dan isteri dan satu lg utk para hero. Maklum lah semua dah besar 2, tak muat nak sumbat semua dlm satu bilik.

Pada aku Shangg Hotel ni agak berbaloi pada harga yang di tawarkan. Bilik bersih tersusun rapi, ada tuala 2 helai, TV flat screen 32". Bilik air pun bersih, ada disediakan shampoo,  body wash. Pada aku utk hotel budget kira okay dah ada semua benda2 basic mcm tu.

Malam lepas maghrib, kitaorg keluar cari dinner. Kitaorg ke Dataran Ipoh area Greentown. Kat situ ada sederet lori penjaja, siap dengan khemah kerusi dan meja. Yang paling utama sekali makanan dia, sedap dan murah. (gerai yg aku mkn lah, gerai lain tak pasti). Memang ramai pengunjung.

Aku makan nasi goreng USA ala ipoh style, boleh tahan rasanya, sedap. Isteri amik yong tau foo. Yong tau foo dia pun aku rs syok dan sedap compare dengan pasar mlm kat PJS10 umah aku tu, tp masih tak boleh lawan yong tau foo sotong kangkung belakang bomba Taiping. Ini paling win dan tersedap setakat ni.

Aiman makan char kueyteow  n ajiq nasi goreng pataya. Semuanya maveles, puas ati dan murah. Lepas mkn, lepak jap kat dataran sambil ambil2 gambo.

Hari pun nak ujan, so kitaorg tak lepak lama sangat la.  Dlm kul 10 lbh dah gerak balik hotel. Bilik anak2 aku bertentang dengan bilik aku, sorry lupa nak snap gambo... Dah jadi Blogger ko kena snap yeop gambo, gambo pintu tandas pun ko kena snap.. Kekekeke.. Aku baru nak jadi Blogger, Blogger cabuk je pun..

Esoknya kitaorg plan nak mkn roti telur bergoyang kat area medan selera Dato Sagor.  Mlm ni pun ingat nak bg telur bergoyang juga. Tp apakan daya, kepenatan. Layan TV sampai tertidor macam gorilla. Tidor mati, kul 640 gtu baru sedar.

Pas dah bangun, make sure anak2 kat bilik sebelah pun get ready. Dlm kul 8 jugalah baru kitaorg turun. Malangnya medan selera tutup hari Ahad. Huhu. Jadi aku dan isteri, klu travel, plan A xjadi, kitaorg akan buntu sekejap.. Hehe. Plan B nya, cari kedai mamak ms otw nak ke Simpang Pulai, mudah.

Tp isteri aku ni agak cekap juga, dia masih search telur goyang. Aku OK je lah, tp aku bg syarat. Kalau kedai dlm 10km radius boleh g. Sekali jumpa New Holly Wood Restoran dlm 7km.

New Holly Wood Restoran ni kedai cina sebenarnya. Tp ramai je org melayu mkn. Aku OK je sbb nk minum n mkn roti je pun. Mmg ramai orang dtg sini.  Sekali kena roti telur goyang, perrgh! meleleh der.

Siap makan dlm kul 10pg. Kitaorg ready nak teruskan perjalanan balik PJ. Aku sambung citer seterusnya dlm next entri "Travel pulang ke Petaling Jaya bhgn 2".

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.